Pengenalan Harmoni Mission

Harmoni Mission:
Menerajui Kesukarelawanan Global Mahasiswa

Projek HARMONI Mission adalah sebuah projek bersiri dan merupakan misi sukarelawan berperingkat global serta menjadi program “signature” Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).Dari segi pelaksanaannya, HARMONI Mission ini akan diadakan secara berkala bermula Disember 2017 bermula dengan negara Asia Tenggara dan menggembleng sepenuhnya tenaga pelbagai mahasiswa daripada institusi awam mahupun swasta.

Sebelum ini, ahli-ahli HARMONI telah pun menyantuni pelbagai golongan yang memerlukan termasuk mangsa bencana banjir, projek pendidikan kanak-kanak, gelandangan, orang asli dan lain-lain lagi di dalam negara.

 

Justeru, Harmoni Mission ini dilihat sangat bertepatan dengan keperluan semasa kerana ini masanya untuk sayap pemberian khidmat mahasiswa HARMONI ini dilebarkan ke peringkat global.

  • Penganjuran projek HARMONI Mission adalah amat bertepatan dengan misi Persatuan Belia Harmoni Malaysia yang ingin menerajui aktivisme mahasiswa dan seterusnya melahirkan mahasiswa yang berkualiti, berkepimpinan dan berdaya saing seperti yang terkandung dalam Gagasan Kampus Harmoni (GKH)

 

OBJEKTIF HARMONI MISSION

Pendidikan & pembangunan insan

Menjalankan misi bantuan kemanusiaan yang berteraskan pendidikan dan pembangunan insan

Wadah kemanusiaan mahasiswa

Sebagai wadah aktivisme kemanusiaan untuk mahasiswa & belia menyumbang bakti di peringkat global

jaringan & kerjasama

Membina jaringan dan kerjasama erat dengan pihak tempatan dan antarabangsa yang terlibat

kepimpinan & keusahawanan sosial

Mengembangkan bakat kepimpinan yang berciri keusahawanan secara langsung kepada ahli misi

Aktiviti Kami

Menerajui Kesukarelawanan Global Mahasiswa
Sebaik-baik Manusia adalah Mereka yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain “

Al-Hadis

Sertai Kami Persatuan Belia Harmoni Malaysia

Ayuh mahasiswa!

Misi

  • Misi HM 1.0
  • Misi HM 2.0
  • Misi HM 3.0

Sumbangan

  • Tutorials
  • Resources
  • Guides
  • Examples
  • Docs